Bonjour Love
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

The President




"Polaroid & Instax enthusiasts//Seventeen//I like traveling "

tagboard






Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Abah :')
Saturday, 21 July 2012 • 8:29 pm • 0 comments




Hey guys! It has been two weeks since I've updated nothing. Untuk pengetahuan korang lah kan. Hari Khamis dan Jumaat lepas aku ada perkhemahan dekat sekolah. Anggota Rela yang jadi trainer kiteorang, and one of them is Nina's grandpa. Hari Rabu tu Nina siap bagitahu nanti atuk dia jaga aku. And aku banyak kali cakap kat nina. "Weh Nina suruh atuk kau jaga aku tau!" Entry kali ni bagi aku sedih kot. 

For your information, dulu masa mak dengan abah aku kerja. Aku duduk rumah Nina ni. Atuk dengan arwah nenek dia yang jaga. Sebabtu aku dengan Nina rapat sampai sekarang. Hmmm, so let's proceed. Khamis pagi tu semua pasang khemah, buat gadget and semua lah kan. Petang pula mulalah aktiviti. Hujan kay hujan. Lepastu semua kena berkumpul bawah satu khemah besar ni. Aku dah nampak atuk Nina. Woaaaah! Waa cakap luu. Hati ni dah lega sikit. At least ada juga orang yang aku kenal kan. Aku tengok atuk Nina, aku senyum. 

Sekarang nak mula dah part sedih. Hahahaha xD Dia datang tempat aku masetu. Aku tak ingat dia cakap apa. Yang aku ingat dia bahasakan diri dia abah. Aku memula macam terkejut. Eh! Betul ke apa yang aku dengar ni kan? Aku tanya Qyla, qyla kau dengar tak dia kata abah? Yelaa, mane tau aku salah dengar ke kan. Qyla kata dia dengar. Wooaaaah! :O Okay.........

Okay unit beruniform kiteorang yang sampai last kat hutan tu. Dengan hujan, tanah berlumpur tu semua kan. OMG! Memang kasut basah habis. Lepastu sampai satu tempat ni, macam tebing tau, bawah tu paya kot. Kiteorang kena turun guna tali. Tiba turn aku nak turun, atuk Nina dah kedepan. Siap bagi aku semangat, bagi aku cara macam mana. Bagi tau aku sorang. Okay terharu. Dia jerit kot nama aku. Aku pun turun ah kan, mula-mula dah okay lepastu aku tergelincir hahahahaha xD Oh man! Habis baju -,-

Kiteorang pun teruskan perjalanan sampailah sekolah balik, kena naik apa entah namanya. Ada dua tali ikat kat pokok. Tak balance aku tengok dorang naik. Aku pun macam, eh boleh ke ni? Time tu atuk Nina datang. Dia bagitahu lagilah kan apa kena buat. Aku dengar cakap dia, aku ikut apa dia suruh. Wuhuuuuuuuu boleh beb! Lepastu kena masuk parit pulak. Mak ai badan aku ni hahahaha xD muat muat je masuk parit tu. Lepastu atuk Nina dah ketawakan. Kurang asam betol. Dia ambil gambar aku. Nak tunjuk Nina ler tu hahahaha xD

Then, kena lalu bawah ape tah. Kena merangkak alah macam kat plkn tu kan. Masa kiteorang merangkak tu cikgu2 urusetia semua baling tepung tau! Tu lagi ah kurang asam! Aku pun kena, aku dah lepasni. Dah keluar halangan tu. Atuk Nina cakap. Alamak, Abah lupa nak ambil gambar! Aku pun, aloooooo -____- Hahaha gedik aku ni. Malam pulak, kena tutup mata masuk hutan, ikut tali kan. Aku tak takut pun, takde rasa gementar apa semua. Cehh cehh. Yela, tahun lepas dah buat cuma kat sekolah je. Watlek ah haha. 

Masa beratur tu, dia datang lagi kat tempat aku. Tanya aku okay ke tak. Aku jawab ah okay. Dalam pejalanan nak masuk hutan tu, dia asyik tanya mana aku je. Jerit umi mana umi? Aku jawab ah, sini sini! Haha. Masuk hutan tu sorang sorang tau. Tiba turn aku nak masuk, dia datang lagi. Dia bagitau kat depan ada apa, ada pokok durian, belok kanan pokok kelapa apa lah. Aku tak ingat pun apa dia cakap. Dia kata ikut tali, jangan lepas tali tu. Aku, ohh ahh yela, watlek hahaha takde jerit pun bhai. Paling paling langgar pokok pun aku cakap, oh oh. Hahaha hebat? Bahaha xD

Lama betul dalam tu. Haishh! Dah nak keluar ni, dah nak sampai dia yang ambil aku. Aku masa tu tak balance, macam nak jatuh. Lepastu dia cakap, ha ha! nak jatuh pulak! Aku pun cakap ah, Hahaha takdelah saje gurau hahaha xD cehh. Dia ketawa. Dia suruh pegang bahu dia, yela aku mana nampak kan. Aku pegang jela hahaha :) Abah... 

Dia bahasakan diri dia abah. Dia tanya aku okay ke tak banyak kali.. Baca ni



Serious aku tak ingat, bila aku panggil dia abah. Bukan aku taknak tegur, aku malu, takut. Susah nak panggil abah orang lain tu sebagai abah kita. Entah, masa tu aku dapat rasa dia jaga aku ni macam anak dia. Abah aku yang sekarang ni, yang aku still panggil abah pun tak affectionate macam dia. Tegur aku? Berbual dengan aku? Jarang. Kadang-kadang tu tak langsung. Nak senyum pun lagi lah. Kalau terserempak dengan dia masa aku bawak motor. Nampak aku macam aku ni orang asing. 

Bila aku pikir balik, kan best dapat abah macam atuk Nina tu, boleh berbual dengan dia. Boleh bincang bincang apa yang aku tak tahu. Beza. Beza yang sangat besar. Siapa yang rapat dengan aku tahu kot apa yang lemahkan aku. Abah :') Cakap pasal abah, video pasal abah. Apa-apa yang berkaitan dengan bapa. Kadang-kadang tu aku jealous dengan orang lain. Bestnyaaa, kau berbual dengan ayah kau. Kau rapat dengan ayah kau. Ayah kau macam kawan kau...

Abah ...



0 Comments:

Post a Comment


|