|
The President
![]() "Polaroid & Instax enthusiasts//Seventeen//I like traveling " tagboard ![]() Credits
| Aku rindukan dia..
![]()
Dah dua tahun atok meninggalkan dunia ni. Dah dua tahun jugalah aku beraya tanpa insan yang dipanggil atok.. Aku tak pernah terbayang bahawa pemergian dia sangat berat untuk aku terima. Selama 13 tahun aku beraya dengannya.. Perkara yang paling menyakitkan, aku tidak pernah mengambil gambar bersamanya.. Aku malu, aku malu dengan diriku sendiri..
Aku ingat lagi dulu dia selalu cerita macam-macam, aku dengan abang aku sentiasa dengar, tak pernah jemu. Walaupun kadang-kadang kiteorang tak faham apa yang dia cakap. Sebab dia cakap bahasa jawa, kiteorang tetap dengar. Aku.. aku.. terlalu rindukannya.. Sebelum ini, dialah satu-satunya lelaki yang aku panggil atok, lelaki yang aku bangga-banggakan depan kawan-kawanku. Sekarang tak lagi... Air mataku jatuh berjurai-jurai apabila terkenangkan wajah atok :'(
Dulu, masa hari raya, suasana meriah sangat. Sekarang dah tak. Sekarang sunyi, sedangkan sepupu aku yang baru 10 tahun tu menangis setiap kali melawat kubur arwah atok, apelagi aku? Aku yang 15 tahun ni? Apetah lagi emakku? Apetah lagi nenekku yang dah bertahun lama tinggal dengan arwah atok :'( Masa abah telefon, abah kata atok dah takde, nenek menangis, dia peluk aku. Ya Allah, begitu besar dugaan yang kau berikan kepada nenek..
Sekarang nenek tinggal sorang-sorang dekat kampung, setiap kali balik, nenek selalu cakap pasal arwah atok, nenek selalu pesan kat aku suruh jaga diri baik-baik bila dia dah takde, aku pun selalu marah nenek bila dia cakap macamtu... Aku tak dapat bayangkan betapa rindunya nenek dekat atok bila hari raya menjelang.. Tapi nenek kuat, dia tak tunjuk kesedihan dia...
Aku.. rindukan dia.. Insan yang aku sayang...
p/s: Al-Fatihah, semoga atok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
|
0 Comments:
Post a Comment