|
The President
![]() "Polaroid & Instax enthusiasts//Seventeen//I like traveling " tagboard ![]() Credits
| Mak aku jjang!
Haloooooo =) Apa khabar? Baik? Sihat tak? luls. Okay ceteka gambar kat atas ni sape. Hmm hmm, yelaaaaaaaaa okay betul. Mak aku hahaha. Ada macam model tak? Bahahaha xD Dulu mak aku ni pramugari. Untunglah~ Sila percaya xD Ihiks kita nak cerita something ni pasal dia.
Tadi aku tak sekolah, dek kerana malas yang membara. Aku ikut mak dengan abah pergi Hospital Sultanah Aminah. Abah pergi check-up. Aku dengan mak aku duduk-duduk jelaaa. Hati ini berkata "Ohh, bosannya~" Lol. Mak aku siap kena ngurat an dengan pakcik ni. Eeeeee geli boleh? -.- Mak aku ni pun satu, pergi layan apesal kan? Motif, konon ramai peminat hahahaha :D Pakcik tu duduk jauh. Tiba-tiba, mak aku bisik. "Mi, jom ah ada orang tua gatal" Aku pun macam. "Ha? Err --'"
Yelaaaa, terpinga-pinga sebab masa tu aku tengah message dengan Nina pasal Joo won and Lee seunggi! Omgggggggggg :O Yang si Nina pun tak sekolah. Ape sehhh pemalas! Hahaha. Aku pun cetengok ah pakcik tu kan. Amboii~ Macam mane tiba-tiba boleh ada kat sebelah mak aku ni? Eee ee nak muntah boleh? Terserlah kegatalan di situ.
Lepastu kita orang pun blah. Tunggu abah, hmmm lamanyaaaaaaa -_____- Okay, telefon Cik Bed. Suruh dia datang. Saje, aku memang macamni telefon orang tak tentu pasal hahahaha. Yang takleh blah tu Cik Bed boleh datang dengan kak Wawa dengan nenek sekali haha :D Power tak? *puihhh
*Nenek aku ni pergi mana mana asyik pakai baju kurung je ._. Alahai
Heeeeee ;D Lepastu balik singgah mana ek. Ada mall tu aku lupa namanya apa. Dalam perjalanan tu, aku of courselah dah pengsan dulu hahaha. Ngantok okay, semalam tidur 4 jam je. Tengok cerita punya pasal. Dah sampai kat mall itu, aku dengan merelakan diri bangun daripada tidur. Brrrrrrr -.- mestilah mood aku tak baik bila ada orang kacau aku tidur. Ikutlah mak masuk dalam tu. Mak cakap "kata nak beli coklat, pergilah cari" Aku pun bersemangat *gimik* Hahahaha nak cari, dekat satu rak ni, takde so aku nak teruskan perjalanan cari lagi. Mak aku dah jerit "Eh, nak pergi mane?!"
Mak aku ni dah kenapa siaaaaa? Disebabkan mood yang tak berapa nak baik plus ngantuk plus sakit hati aku cakap kat mak aku "Dahlah! Jum!" Mak aku pun cakap "Elelele merajuk pula" Eeeee geli~ mak aku nak cepat je. Sebab takut abah marah. Bila dah bayar, dah keluar. Tengok abah tak keluar lagi. Aku rasa macam nak menjerit je kat situ dek kerana sakit hati dengan mak aku ni -,- Biasalah anak kalau merajuk mesti buat muka. Aku kalau buat muka memang sumpah comel hahahahahahaha xD Nasib je abang yang kerja kat situ tak cair tengok muka aku hahaha. Then, balik..
Singgah lagi, kedai buah. Mak tanya nak buah apa. Aku diam, terus tidur. Dah beli tu, mak buka pintu kereta belakang tu nak letak buah kan. Aku amik lepastu biarkan sambung balik tidur hahahahaha. Dah sampai rumah, aku apelagi.. Zassssss! Masuk bilik, tidur. Aku dengar mak masak kat dapur. Bau macam petis. Tau petis? Alaaaaa yang makna dengan buah, jadi rojak petis? Hm, entahlah~ Haaaaa. tu memang feberet aku. *lol, mak berusaha keras nak pujuk aku ni* Dah siap buat tu, mak pergi depan. Masa tu aku tengah tengok tv. Dia cakap dia dah buatkan petis.
Hahahahahahahaha xD Aku sentiasa kalah bila dihidangkan dengan makanan! Lol
;D Akhirnya, mak aku berjaya pujuk aku. Senang je nak pujuk aku ni. Kan?
P/s: So, moral of the story is. Mak korang sayang korang sebenarnya. Mak aku ni memang jjang! Daebak! Dulu, sebab nak pujuk aku siap buat ayam bermadu. Entah aku pun tak tahu nama apa, yang penting ayam tu letak madu. Pehhhhhh! Sedap! lol. Aku memang kalah dengan makanan. Hmmm xD
|
0 Comments:
Post a Comment