|
The President
![]() "Polaroid & Instax enthusiasts//Seventeen//I like traveling " tagboard ![]() Credits
| #Moment2013
Eleh mana ada. Lessons apa je yang aku dapat. Lol
2013 dah pun sampai penghujungnya. Tahun 2013 aku berumur 16 tahun. Which everyone says is the best age. Yela biasa omputih yang cakap hahaha. Jadi aku nampak everyone buat #Moment2013 dekat twitter. Instead of doing it in twitter. Aku nak buat dekat blog.
#Moment2013 1. Aku still lagi sekolah dekat SMK Linggiu. Eh tu kira moment tak ha? 2. First time dalam kelas ada 15 orang je, lepastu lelaki 4 orang. Kita orang jadi lebih rapat. 3. 2013 baru aku terima Cikgu Afiq bahahaha masa first dia masuk aku tak terima dia pun. Suka pun tak. Sebab dia handsome sangat *Sila muntah*
*Handsome kan? Bahahaha!*
4. Tahun 2013 ni aku banyak berjalan. Banyak keluar duit. Banyak tengok wayang. Banyak masuk pertandingan. 5. Pergi basketball tournament. Yang bestnya masatu aku memang tak bercadang nak masuk pape pun. Nak jadi seorang pelajar yang pasif dari segi kokurikulum hahaha xD Lepastu aku nak ikot saje nak tengok. Tup tup main sekali.
*Ada gambar perempuan, tapi acot tak pakai tudung. So yeah*
6. Masa lawan basketball tu, aku keluar sekali je, tu pon masa first game. Nervous agaknya. Lepastu semua game aku ada dan tak keluar. Masa tu aku tertanya tanya kenapa?! Kenapa aku tak keluar? Kenapa aku kat dalam tu still main lagi. Sedangkan teammates yang lain bertukar tukar. Tapi lepas tengok Cool Kiz On the block. Oh~ Barulah aku faham kenapa coach... *ceh coach* buat macamtu. Saiz dan ketinggian aku memang patut berada di bawah basket hahaha! 7. Jadi Johan peringkat Daerah lawan basketball. Omg! Rasa terharu sungguh! Lepastu wakil daerah, pergi lawan peringkat negeri. Sampai je kat Sekolah Pei Hwa tu, peh kecut perut bak hang, aku yang besar ni rasa macam kecil je haha. Tiba-tiba! Haaa amek kau dapat tempat ke-4. Sekolah lama mak pun tak dapat pingat :p 8. I bought polaroid with my own money. Sebenarnya tahun 2013 nak ambil gambar guna polaroid banyak banyak. Tapi damn! Instax dah ah mahal, lepastu my friends asyik nak ambil je. Mana boleh! So if you guys read this. Stop taking my polaroid pictures! Hmmm :( *Serious ni hahahaha*
9. Hm what else? Oh English Debate! Peh aku rasa inilah pertandingan paling kelakar hahahaha! I don't have the guts. Preparations berminggu-minggu. Masa cari bahan tu, aku rasa ahh banyaknya kerja but at the same time macam wah aku budak debate hahahahaha! Cita-cita tinggi, aku masuk ni pun sebab aku ingat aku ni "budak cari bahan je". Lepastu dah ada kat lokasi Sir Afiq suruh aku jadi debater. I was like -,-" Whaaaaat?! Masatu gelabah habis, nervous. Last-last tukar dengan acot xD Otai bak hang kahkahkah.
10. Buat video. Wah ini paling challenging. Berapa banyak kali kita orang give up buat video. Idea takde, masa panjang. Masalahnya idea ni tak keluar. SKMM buat pertandingan. Fuh masa tu rasa macam kita orang ni orang besar dekat KPM *makmal komputer* hahaha! Nak masuk je cakap dengan Cikgu Rezuan kompom dia bagi. Kira KPM tu bilik kedua lepas kelas. Setiap petang stay, buat video. Penat dia takyah cakap. Macam biasa buat video sampai last minit. But overall it's a great experience!
*Sebab muka Uk kelakar jadi aku guna gambar ni hahaha! Bersama tukang lukis yang berbakat*
*Bersama tukang potong yang berpengalaman*
*tukang edit yang pelik... pelik kan? hahaha!*
11. Tahun ni banyak program yang kita orang terlibat. Serious busy. Wah! Adalah certain yang aku tak terlibat pun. Tapi saja nak meyibuk bagi nampak muka sikit hahaha!
12. First time pergi JB naik bas. Masuk CS, pergi segget, pergi Danga Bay naik teksi. Duit habis kat transport je hahaha! Kononlah nak pergi jenjalan. Misi mencari makanan. Kejadah hape hahaha xD CS takde apa, patutnya pergi Jusco. Lol
*Hotel JB hahaha*
13. Tahun ni mula pakai contact lens tapi tahan 3 bulan je sebab financial issues. Ceh financial issues haha! First time pakai damn tak selesa. Sebelah mata jela, lagi sebelah tak rasa apa. Masa beli contact lens tu, nak pergi JB naik bas. Aku tak tidur pun bak hang dalam bas. Takut nanti contact lens ke belakang, aku buta omg :O
14. Pergi tengok Kelantan VS JDT dekat KL. Naik bas. Yeayyy naik bas lagi haha! Woah ni memang pengalaman yang paling aku rasa... tanak pergi lagi dah. Sesak dia. Dengan tempat duduk takde tambah pulak dikekelilingi abang abang yang tak gentleman hahaha xD Tapi baguslah, dah ada experience. Nanti aku ada anak, aku cerita kat anak aku. Lol
*Tangan menutup kebuncitan, peh buat malu je -______- maaf*
15. Buat passport, pergi batam, Indonesia. Wuhuuuuuuu! Actually, masa kat sana aku rasa macam kat Malaysia. Serious. Takde apa sangat. Barang pun mahal, plus aku bukannya bawak duit pun. Hahahaha! Oh kalau korang pergi, aku kirim kek pisang eh. Sedap woi!
Ok bye! :)
|
0 Comments:
Post a Comment